Friday, April 22, 2011

the day u went away~


Well I wonder could it be, When I was dreamin 'bout you baby
You dreaming of me, Call me crazy, Call me blind
To still be suffering is stupid after all this time

Did I lose my love to someone better

and does she love you like I do
I do, You know I really really do

Well hey, so much I need to say

been lonely since the day
the day you went away
So sad, but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

I remember date and time
September 22nd
Sunday twenty five after nine
in the doorway with your case
no longer shouting at each other
There were tears on our faces

And we were letting go to something special

Something we'll never have again
I know, I guess I really really know

The day you went away

We do we never know that we got 'til its gone

How could I carry on, The day you went away
Couse I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away..

tapi ni citer lame..huhu dia pon dah xde (bukan meninggal ye! xde mean dah xde depan mata)..semoga dia mendapat jodoh yang baik2 dan sentiasa bahagia..

xtvt~

Assalamualaikum wbt..

Tinggal sebulan je lagi untuk menghabiskan  baki-baki hari praktikum. So sekarang ni aku tengah menghitung hari la..aww suke3..hee, tp dalam suka pon ade duka sebab macam-macam pengalaman sejak duk kat sni. Dah macam-macam aktiviti buat..Penat memang la penat tapi rasa berbaloi sebab boleh dapat pengalaman dan yang penting skali enjoy!! (baca sambil angkat tangan kanan ke atas,ala-ala Nora Danish dalam Sitkom Puteri..haha)
Ni antara gambar gambar yang sempat di snap ketika kejadian tersebut berlaku..hahha


Johan Larian Ceria rumah Syahbandar
Aku menumpang je sebab aku rumah Laksamana..sibuk je nk tumpang glamer kan kan?? Heee..


Ni kadet Remaja Sekolah..so setiap hari Rabu kena stay kat skolah sampai petang untuk latihan kawad kaki..


Antara xtvt yang dijalankan untuk KRS 


Nama masakan kumpulan ni 'Potato Comel'..huhu cute kan..?


bersama budak-budak nakal yang cumell



Mase ni kena pegi Alam Shah untuk jadi pengadil / hakim larian peringkat MSPPWP..penat tapi seronok..!!
Oh Irfan xsempat nk ready..cute sgt!



Ni pulak rombongan persatuan Pengguna kena pegi mesyuarat kat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan..wahh detail tuh! saje je..


Ini kat Mid Valley..kena bawak student Form 4 & 5 ke karnival kerjaya..lepas ambik gambar kat cni terus blah g shopping, makan-makan..tinggal student..haha kejam tak kejam tak?? last2 kantoi..huhu


Posing atas bas on the way nak balik ke sekolah..ceria kan muke diorang..on the way mase nk pegi diorang semua karaoke lagu Amelina Ah Ah..haha gelak sakan dapat berdangdut ye! sampai pak cik driver bas pon berdangdut same..xpela layaann..


percaya tak aku masuk pertandingan buat kek??yess..sila jangan percaya..haha
tapi nampak cam tengah buat kek kan..hee
sebenarnya masuk pertandingan menghias kek je...haha


dan kek yang aku hias tu dapat tempat pertama..yahoo!!..
tapi kek saye sangat lah comot..camane bley menang?? hikhik..nak taw sebab ape??mane bley cite..hahahah

ok babai!


Monday, February 28, 2011

Menuju Kerjaya~


Assalamualaikum wbt..

7hb hari tu aku start praktikum. Tak sangka, cepat nau mase berlalu, rase baru je masuk U hari tu..tup tup skang ni da kna praktikal..Aku pilih SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (1). 
Banyak sebab aku pilih tempat tu:

 #1 Dekat dengan umah akak aku 
#2 Tak payah carik umah sewa
#3 Boleh jalan kaki je
# 4 Boleh balik umah sesuka hati sebab dekat..heee


korang nampak tak kesimpulan dari ke empat-empat sebab di atas????
yeeeeeeeee..
jawapannya ialah:
jimat wey..save bajet..hahaha
yela..opkos! kena la kira sume-sume 2 sebab nya praktikal xdapat gaji..di ulangi GAJI..
capslock di situ supaya korang nampak dengan jelas..ok toksah dok banyak cite..korang tengok ah sendiri kehidupan aku sehari-hari kat situ bes ke tak.. 
 minggu pertama.
masih bersemangat kental dan waja seakan-akan proton waja!

minggu ke-2 da kena pegi mesyuarat PIBG..di pagi hari hujung minggu hari Sabtu..aduss xbesh xbesh..

sume da berstatus puan..aku je cik..haha sebab tu femes dan glemeres aku kat sekolah ni..femes ke? wekkk
yang baju hijau cikgu suhana, baju oren cikgu fizah..kat tengah tu opkos la aku..


bergambar dekat misi dan visi sekolah..

cehh..nampak sangat nak tunjuk kononnya diri ku ini amat berdedikasi..hahahha
hambek kau!

daaa..


yang mana satu?



xdapat beli bergambar pon boleh lah..wuwuw

Friday, February 4, 2011

menyibukkan diri di majlis kawen orang lain..

Assalamualaikum wbt..
Buat ape je CNY hari tu? Ada jemputan kenduri kawen tak? Biasa la cuti-cuti ni ramai pulak yang berebut nak kawen,sebab dah takde cuti..bagi masyarakat Melayu di mesia nih, cuti raya cina sangat sinonim dengan kenduri kawen. Kenapa ye?mungkin sebab cuti lame kot..entah la..tapi bagus jugak sebab tak payah la adik beradik , sedara mara nak ambik cuti bagai semata-mata nak tolong sempurnakan majlis tu ye tak?( tolong ke?( ^­­­­­­­­_^ )..
Dan CNY hari tu jugak bestfren aku masa form 6, Norhayati Derahman (nama sebenar, atau lebih dikenali dengan Yat) jemput aku ke majlis perkahwinan beliau..(apasal ayat aku skema nau nih??ahh)..lantas,tanpa berfikir panjang aku telah menghadirkan diri ke rumah beliau sehari sebelum majlis persandingan..uhh kenapakah?? Haha saje pegi awal sebab Yat nak aku, Eni, Sarah & Shikin temankan dia malam akad nikah tu..perlu ke? Ye memang perlu! Bagi memeriahkan majlis..Hahahahahaha..bila lagi nak kacau, usik2 member yang nak kawen..mase ni la..hahahahaha (gelak jahat).
Nih antara gambar-gambar ditempat kejadian..erkk..hehe,

yat, si pengantin

 sarah, yat & eni


 depan skali ekin, sarah dan aku

 ni selepas khatam Quran

yang baju pink tu kak za, kakak ipar yat..
cantik dan baik hati (puji lebih-lebih ade ape-ape ke? oppss..hee)

hari yang berikutnya..pegi umah Zahidah..abang dia kawen, Zuhaili..

mase ni pengantin perempuan xsampai lagi..
pinjam pengantin lelaki jap..hu

2 je yang aku pegi..yang lain xsempat sebab da kena pegi putrajaya..praktikum! aduss menci menci dan menci!
babai..

Wednesday, January 26, 2011

entry ini tidak bertajuk.. ^___^

Semekoooom..








Dush2 boringnyer...

-



-




-







babai..

p/s: hehe cian korang..tu la, dah bagitau awal2 lagi entry ni xde pape pon..huk3

p/s/s: tetiba teringat encik John ^__^ (gedix!)

Monday, January 24, 2011

..jiKa..(renungan bersama)


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


~renung-renungkan~
sekian, wassalam..